DANA BAIKI BUMBUNG, KUBAH, KEBOCORAN MASJID AL-JALIL, MUKIM KASAR PASIR MAS
Masjid Al-Jalil Mukim Kasar yang terletak di Pasir Mas Kelantan memerlukan RM 705 ribu bagi menampung kos membaiki bumbung, kubah dan kebocoran masjid.
Kebocoran bumbung Masjid Al-Jalil menyebabkan berlaku kebocoran menjadikan ruang masjid dibasahi jika hujan.
Kesan daripada kebocoran itu menyebabkan berlaku kerosakan pada siling masjid.
Dana tersebut akan digunakan untuk urusan pembinaan bahagian masjid iaitu pembinaan kubah, bumbung yang baharu dan membaiki kebocoran siling masjid.

Pihak pengurusan Masjid Al-Jalil mengalu-alukan jasa baik saudara saudari yang ingin turut serta menyumbang bagi melancarkan proses pembaikan bumbung dan kubah masjid ini. Pembinaan ini akan dapat memberi keselesaan kepada para jemaah masjid.

Lagi membimbangkan jika sekiranya tiada tindakan segera dibuat akan membahayakan jemaah yang datang menunaikan solat di masjid ini.
Apabila hujan turun, atap yang sudah lama bocor menyebabkan ruang masjid ini basah kuyup. Amat menyedihkan melihat besen dan baldi sana sini untuk menadah air hujan dari atap yang bocor.

Ayuh kejar pahala dengan amalan sedekah.
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
Maksudnya: Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.
(Surah Al-Ma’idah, ayat 2)
Setiap sumbangan yang dihulurkan akan menjadi saham pahala yang amat bernilai bagi para penderma.
Bank : AGRO BANK
Nama : MASJID AL-JALIL KASAR
No Akaun : 1006611000055046
Reference: MASJID

Pilihan Sumbangan:
Infaq Dermawan : RM 100
Infaq Rahmat : RM 20
Infaq Syukur : RM 5
Infaq SEIKHLAS HATI
Makluman:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada MASJID AL-JALIL KASAR.
2. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : +60129285977 (Sayed Mohd Nasir - Ketua Biro Pembangunan Masjid)
3. Sekiranya anda membuat bayaran menggunakan Toyyibpay, terdapat caj sebanyak RM1 akan dikenakan oleh Toyyibpay ke atas transaksi anda.
3. Sekiranya anda membuat bayaran menggunakan Toyyibpay, terdapat caj sebanyak RM1 akan dikenakan oleh Toyyibpay ke atas transaksi anda.